Mulanya, kawan aku dapat mesej ni, dia tunjuk dekat aku. Aku ni jenis tak ambil kisah sangat jadi aku buat derk jela tapi last2 sampai jugak dekat aku. Tapi konfirm la aku tak percaya sebab aku panggil ayah aku abah, lagipun ayah aku baik, takkan masuk penjara lah :). Tapi bila aku baca Kosmo hari ini, aku terkesima, terkedu dan terkejut apabila aku dapat tahu yang ada jugak orang yang tertipu dengan kegiatan ini.

Menurut Kosmo lagi, seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Aduhla, kenapa la dia tak terus hubungi nombor asal ayah dia tu. Tp mungkin dia terlalu panik kot. Pengajaran di sini, siasat betul-betul dahulu. Hubungi mak atau kakak atau adik untuk mendapatkan pengesahan.
sumber: Kosmo