Folow Me?

Warm-Up

Akhirnya aku mengambil keputusan drastik untuk menulis kembali setelah lama menyepi dari dunia blogging ini. Sebelum ni akibat kekangan waktu + malas + facebook, buat aku rasa malas yang amat untuk menulis.

Tapi, sekarang ni pun aku rasa agak malas sebab tak tahu + takde plan nak menulis apa. Menurut seorang pak cik yg ditemubual di Seri Iskandar, untuk menjadi blogger yang berjaya, kita mestila selalu makan roti canai sardin 2 keping setiap pagi update blog bukan sahaja tentang kehidupan seharian akan tetapi pasal isu semasa yang berlaku di muka bumi ini.


Jadi, sekarang ni, isu paling hangat seluruh dunia pada ketika ini sudah tentu tentang Malaysia VS Indonesia, final AFF Suzuki Cup yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

VS
Sedih dowh..! Aku teringin sangat nak pergi, akan tetapi akibat daripada kekangan waktu, komitmen yang tinggi terhadap pelajaran dan kesedaran rupa paras sendiri tentang markah coursework yang teruk, aku membatalkan sahaja niat murni aku itu. Aku harap sangat Malaysia menang nanti walaupun agak sedih jugak tempat Sharbinee sudah diganti oleh Khairul Fahmi @ apek yang beraksi amat cemerlang untuk perlawanan sebelum ini. So, he deserve for that position.

Anyway, aku tetap menyokong Malaysia. Hingga akhir hayat! Jadi, marilah kita ramai-ramai memeriahkan stadium (walaupun aku tak pergi) demi memberi sokongan kepada para pemain kita. Jangan kita menjadi pasukan belasahan lagi. Kepada kawan-kawan aku yang pergi stadium tu, jaga diri. Ingat mak ayah di rumah supaya anda tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan. Adiosss...


P/s:Teringin nak tengok lagi Hantu Kak Limah Balik Rumah


Gambar: Sumber dari boloque

No comments: