Folow Me?

Dan akhirnya...

Salam satu malaysia..

Lama dah rupanya aku dok update blog ni. Bila tengok kat blog org lain, hampir sebulan rupanya... hak8.. sekarang ni idea takdop mana ekpun. Nak cerita pasal aduka taruna, kekgi dop pasal-pasal pulok aku kena saman di dia ekgi. So, aku nak cerita pasal ujian kereta hari ni la. Memang banyak berlaku perkara yang menyayat hati dan menyakitkan hati... huhu..

Selepas hantar muzark ke pangkuan keluarga dalam pukul 9, aku terus ke PSM. Masa ni aku tengok sekolah teknik airport kowt ade pertandingan merentas desa. So, aku dok jadi gi kat PSM sebab awal lagi. Masa aku pukul 11. Jadi aku layan la tengok orang merentas desa ni. Bila dipikirkan balik, syok jugok merentas desa ni rupanya... huk8.. teringat kenangan masa form 1 di mana aku mendapat nombor 38... hak8... Nombor 37 masa tu kimin nyet.. dapatlah jugak aku sumbang 1 mata ke rumah beta... huhu..

Lepas tu, aku pun pergi la kat PSM tu dan tengok orang menjalani ujian. Dalam hati aku, aku berdoa supaya aku lalu dekat jalan A/C. Sebabnya jalan B ni aku baru sekali berlatih. Dalam tengah syok tengok, ada sorang pompuan ni, dia tak undur dulu kereta, so dia terus kona and hit belakang kereta depan. Mungkin sebab terkejut, dia tekan minyak, sapalah kereta tu langgar benteng and then tayar depan sebelah kanan terangkat sebelah sana. Kasihan.. So, aku dengan para lelaki yang macho yg lain tolong la cikgu angkat kereta tu. Merah Padam muka perempuan tu. Aku mula takot.. huhu...

No giliran aku ialah no 4.. Angka tuah tu pasal besday aku pun no 4, besday ehem2 pun nombor 4.. huhu..


Tiba giliran aku. Masa nak serahkan borang tu, adala sorang cikgu ni, dia main-mainkan aku. Dia suruh aku serahkan borang ni kat cikgu yang ada sebelah dia. Padahal aku tengok orang depan aku tadi letak je kat pondok tu. So, aku tak percaya la. Masa aku nak letak situ, dia marah aku, 'Aku suruh mung bagi kat dia ni kan..! Mung gi letok situ wak mennde..!

Aku memang naik angin dah sikit. So, aku bagi jela dekat orang tu. pahtu dia kata,'mung ingat aku main-main? Ujian ni kan..! Nak main-main mende nyer!'.Pahtu bila tengok orang belakang aku letak macam tu je dekat pondok tu, aku naik angin. Cepat-cepat aku pergi dekat kereta, start enjin, ready nak naik bukit. Tapi, aduh.. tali pinggang dok ingat nak pakai. Tanpa berfikir panjang, aku lepas stereng, tarik tali pinggang.. kereta tengah gerok masa ni.. aku kata padan dah.. dok lepas doh gini.. tapi mungkin JPJ tu xperasan kowt.. huhu..

Ujian bermula. Aku masih marah lagi ni. Masa JPJ suruh naik, aku naik je. Laju pulok tu. Sapa terlebih sikit tayar dalam garisan kuning. Lantas JPJ tu kata, 'undur skit, undur skit.. OP2.. Ok, jalan..!' Aku bajet dop lulus dah masa ni. Pahtu makin la tekan. Cepat-cepat aku buat parking dengan jan mati. Laju gila. tak pernah aku buat gitu masa tengah training... hak8..

Lepas tu aku terus pergi dekat pondok atas bukit. Tengok kertas aku, lulus.. Alhamdulillah.. Nasib baik aku dok langgar je tiang masa buat parking sebab bajet kandas dah dekat bukit tadi.

Tunggu lam 10 minit, 'AFIF IZWAN ABD HAMID..."

Awak lalu ikut jalan B naik kereta nombor 67.. NAH!!! Jalan B! Hok paling aku takot sekali sebab training jalan ni skali jer.. JPJ tu berisi skit tapi baik. Aku kata dalam hati, ' huh, doa din dimakbulkan.. sudah dah, gerok ke dop au kereta ni, din doa xgerok.." hak8.. ayat tu la terlintas dalam kepala hotak aku ni masa ni..

'Okay, boleh mula..' JPJ tu kata. Aku pun matikan enjin, buat lima perkara tu. Baiki tempat duduk, cermin, pakai tali pingang, start enjin, viper and check signal. NAH!!! Awal dop awal baiki cermin dengan baiki tempat duduk saloh. Terus hilang semnagat. Pasalnya, aku ingat lagi masa teori aritu, '5 perkara ni awak kena score.. kalau saloh satu je, kemungkinan besar awak akan kandas..' Hilang terus semangat. So, aku bawak baharambang je. Dok sapa suku jalan, 2 lagi kesalahan. Jadi 4 salah. Nak lulus, maximum salah 4. Perjalanan jauh lagi. Lagi semangat hilang. Aku pun dok tahu mende aku buat dalam kereta tadi. Sapa mintak dengan JPJ tu nak pasang radio. Tapi sayang, dok buleh.. huhu..

Masa 2/3 perjalanan, JPJ tu tiba-tiba tanya, 'awak ada makwe dop? Kalau ada, awak nak bawak makwe awok gi mana kalau lulus?'

Dengan penuh kejujuran dan kemachoan aku jawab, 'Ada makwe, tapi dop kahwin agi dokleh la nak bawak jauh-jauh..' dia balas, 'dah nak bawak bini awak kekgi la..'

'Genting, genting highland..' aku jawab tanpa berfikir panjang... huhu.. dia balas, 'kalau awak nak bawak bini awak gi genting, minggu depan xsapa lagi...'

Aku paham maksud dia. Dia suruh aku bawak laju la tu. Aku balas, 'Takpe, dapat lesen kekgi, bawak laju la.. Tapi tetap patuh peraturan had laju..' huhu.. Tapi aku tetap bawak 40-50 walaupun dia tetap suruh aku bawak laju.. hak8.. Trick JPJ.. Aku dah tahu trick dia pasal banyak dah aku scout blog orang yang menceritakan pengalaman masa ambil lesen ni. Semua JPJ suruh bawak laju. Kan kalau bawak laju, dia nak bagi lulus or tolong bayor 90 ya takpe gok.. kan2?

Tapi aku tetap sedih campur marah. Marah pasal kes dekat bukit tadi dok abis lagi. Aku salah 4 dah, payah nak lulus. Perjalanan jauh lagi. Aku bawak je sambil layan perasaan duk pikir mana la nak cari 90 ya ni.

Dipendekkan cerita, masa nak parking dekat blok b tu, kereta berhenti je, JPJ tu keluar slalu. SOH! Memang aku kandas kalau giny.. Dahla sebelum aku tu ramai jugak hok kandas ni. Bila nak sain, aku tengok, 16/20.. hak8... gembira tak terkata. Bila cikgu suruh sain borang, aku sain bapok gitu... hak8..

Jadi pengajarannya, jangan la bawak semangat sangat masa tengah test, anda takkan lulus. Jadi, bawalah kereta dengan baharambang sekali. Anda pasti lulus... Hak8.. Bagus punya nasihat...

Okayla.. Nak pakai smart-smart, pergi gunting, ambik gambar lak ni.. hak8.. Tak sabar dah nak pergi pejabat JPJ kat bandar tu.

Kepada kawan-kawanku yang belum menjalani ujian tu, jangan takotla.. buat je amcam yang aku buat ni.. hak8.. tambahkan mood marah anda.. Pasti berjaya.. Chow..

P/S: Tak payah dah pergi PSM lepas ni.. huhu..

Baharambang Skallie...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia ditujukan kepada anda semua…

Bertemu kembali kita pada post kali ini yang aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tapi biarlah aku mengarut dahulu sementara menunggu idea penulisan yang akan tiba secara semulajadi nanti.

Baiklah.. Sekarang ni aku sedang pening lalat tapi bukan kerana lalat yang banyak tapi kerana aku tak tahu sama ada nak buka ke tidak, nak buka ke tidak.. haha.. buka apa tu? Okay, sekarang ni aku dan Apiq bercadang nak buka gerai burger.. haha.. Macam lawak je.. Tapi tulah kenyataannya. Aku dan Apiq memang bersemangat gila. Aku pun dah booking satu gerai burger dengan seseorang yang gerai ni aku jumpa dekat mudah.my yang berharga RM500. Tapi aku tak tahu sama ada aku mampu ke tidak nak buka gerai burger kerana salah satu faktornya ialah tempat nak buka gerai tersebut.

Modal? Modal takda masalah punya walaupun aku pernah minta bantuan salah seorang rakan aku ni untuk meminjam wang beliau dan akhirnya hajat aku ni ditertawakan oleh beliau.. Tapi aku tidak akan patah semangat.. haha.. Masalah aku sekarang ni ialah tempat. Aku nak buka dekat mana gerai ni? Dekat Wakaf Tengah belambak gerai burger walaupun yang asal-asal aku tahu satu tu jer tapi bila aku masuk kampong, wah.. banyak betul.. So, any suggestion? Huhu.. Siapa rasa dekat kampong dia takda gerai burger lagi, bagitaula eyk.. Tapi taknak la jauh-jauh pasal… Ha.. ni lagi satu problem.. Masa! Yela.. Sekarang ni Apiq tengah kerja dekat Nankai Worsted Spinning Sdn. Bhd dari 7AM-7PM.. So, kalau buka kedai tu malam-malam, aii.. penat jugak tu.. Takpela.. Biarlah aku dalam dilema sama ada nak buka ke tidak gerai burger ni walaupun pelbagai tips dan tricks aku telah pelajari daripada abang-abang yang jual burger dan yang aku jumpa di internet bagi melakukan gerai tersebut.. Tapi aku harap aku dan Apiq akan menjadi usahawan burger yang Berjaya di Malaysia ni.. Haha.. Angan-angan aku adalah untuk menandingi otai burger, Mohd Suhaimi kowt.. haha.. Besar punya cita-cita aku nih.. Padahal nak buka gerai burger sekejap jer.. Haha..

Kemudian, aku dan Fakrol juga pergi minta kerja dekat Nankai tu. Walaupun Vicky, bos AIDEA yang aku cerita pada post lepas telah panggil untuk ditemuduga, namun aku tak pergi sebab aku nak kerja dekat nankai ni.. haha.. Aku nak kerja ni bagi menutup mulut mak aku yang asyik membebel jer minta aku cari kerja. Yela, tak membebel macam manakan kalau rutin aku seharian duk main computer, jalan-jalan, makan dan etc. Kemudian dia suruh aku kerja sebagai penjual sayur di Pasar Batu 6 menolong ibu saudaraku.. Huh! Sayur pun banyak lagi yang aku tak kenal ni kan pulak nak menjualnya.. Haha.. First aku sampai dekat kilang tu, aku tengok ada ramai jugak la nak mintak kerja dekat situ.

Ada la dalam 6 orang lagi. Aku dating dengan Fakrol dan John. John? Hah, nanti aku cerita pesal pe pulak John boleh ada bersama dengan aku. Okay, sampai dekat situ, aku pergi ke pondok JAGA untuk mengisi borang mintak kerja. Lama jugak aku tunggu lepas isi borang tu. Kemudian hampir sejam, baru la bos nankai ni free dan barulah sesi temuduga dijalankan. Sebenarnya aku langsung tak nervous masa temuduga ni pasal aku dah tau soalan yang bakal ditanya melaui Apiq! Haha.. Untuk pengetahuan korang, kalau tak silap aku, bos kilang ni, adalah abang kepda cikgu Azizah. Okay, semasa bos mintak i/c, aku dengan yoe buat dono ajela pasalnya, yoe tak bawak i/c so dia pun pegang la i/c aku ni supaya kami dapat buat alas an sikit iaitu, ‘hmm, i/c kami ada dekat PSM, masa gi PSM tadi, cikgu pegang i/c..’ Haha.. Sungguh tak jujur aku masa tu.. Tapi, bos dia kata, it’s ok..

Kemudian dia tanya tentang proses ambil lesen macam mana dekat aku dengan yoe.. Aik?? Huhu.. so, aku jawab jugak la dengan lancar pasal kereta kemudian yoe pulak cerita pasal motor. Aku fikir, maybe ni masuk dalam proses temuduga jugak kowt… haha..

Baik bos ni. Macam yang Apiq cakapla.. Sesi temuduga dijalankan. Aku orang first yang dia tanya. Dia tanya soalan senang jer rupanya. Adik beradik berapa orang, anak kebeapa, ayah kerja apa, ibu kerja apa, trial SPM dapat berapa kerja syif malam boleh ke tidak… Tapi masa aku bagitahu ayah aku kerja sebagai guru BI, dia tanya aku, ‘so afif ni boleh speaking la kan??’ Hah?! Aku jawabla bolehla, tapi sedikit malu.. Chewwwah! Haha.. lepas tu, dia pun speaking la dengan aku dan memberi motivasi supaya aku tidak malu lagi untuk speaking.. Haha.. Lepas tu dia soal orang lain pulak.. Aku terkejut jugakla pabila aku tahu yang minta kerja dekat situ, semua datang dari keluarga susah.. 3 orang tak ambil SPM, yang sama umur dengan aku la.. sorang ni umur baru masuk tingkatan 4(lepas PMR), tapi dia dah berhenti sekolah. Argh, lupa.. sebelum temuduga tu, dia hulurkan kertas tentang gaji.. gaji pokok RM400 sebulan tapi setelah campur elaun pengangkutan, overtime, uniform dan pelbagai lagi, maybe boleh dapat dalam RM633. Banyak kemudahan yang disediakan seperti kos rawatan percuma, insurans, uniform diberi percuma, KWSP, SOCSCO, EPF dan etc… huhu.. Aku dah lupa sebenarnya.

Dipendekkan cerita, temuduga tu abisla.. haha.. Sekarang ni tunggu untuk masuk kerja je pasal kilang tu hanya boleh ambil pekerja baru dalam 10 orang seminggu tapi 2 pengambilan iaitu pada hari Isnin dan Rabu kowt pasal disebabkan kemelesetan ekonomi dunia yang melanda Negara-negara pembeli benang ini iaitu Italy, France, USA, Germany, China, Korea dll..

Masa nak balik tu, aku cakap la dengan bos ni pasal i/c tu, tapi dia kata takpela.. i/c ni nak tunjuk dekat Bos Besar je dekat Jepun tu untuk tengok muka pekerja baru ni pasal orang Jepun ni bila tengok muka seseorang dia dapat tahu orang tu macam mana.. So, any explanation? Betul ke orang jepun macam tu?

Okaylah, abis cerita pasal temuduga ni.. Sekarang ni pasal John pulak.. Okay, sebenarnya John ni datang pasal aku dan apiq ajak main futsal dekat sportsplanet dan dia ni pulak tidur dekat rumah yoe.. Uih, letih gila main futsal semalam. Dekpun sebulan dok main, tanpa warm up, terus gi masuk padang tendang bola.. abis krem kaki, lengoh gila agi.. haha.. Antara hok main semalam aku, yoe, apiq, arif(kawan apiq), arif din, ipe, mesol, kimin, rosed, shahil dan john.. Lepas main tu, malam tu aku, yoe, apiq and John gi Mc D pulok semata-mata nak tengok bola.. Haha… Balik dalam kul 2 lebih gitu.. Lengang gila jalan dekat bandar masa ni, plus sejuk lagi.. haha.. akhirnya kami berempat pun tidurla dekat umah yoe…

Haha.. banyak jugak aku bercerita kali ni daripada takda idea tadi.. Okayla, setakat ni dulu la post aku kali ni, jumpa lagi pada hari dan waktu yang berbeza mengikut mood untuk update blog lagi.. haha..

Tata titi tutu…

P/s: Jangan makan banyak-banyak nanti berat naik.. Haha..

Maklumat pasal kilang ni, klik kat SINI

Kalau nak tengok gerai burger yang aku nak beli tu, klik kat SINI