Folow Me?

Jangan Pottong…!

Aduhai… Sudah lama aku membizikan diri ini. Dan selama itulah aku tidak mengupdate blog aku ini. Tahun baru bakal menjelma jadi sudah tentu azam baru pun akan menjelma jugak kan? Huhu.. seperti biasa, azam aku setiap tahun yang tak pernah tercapai iaitu untuk meng’kurus’kan diri. Malah aku rasa azam itu semakin jauh seperti Wakaf Tengah dengan Gong Badak. Aik..? Jauh ke Gong Badak dengan Wakaf Tengah? Jauh… Tak caya, tanyela mak aku.. haha.. Jadi azam aku sempena tahun baru yang bakal menjelma ini adalah untuk… Untuk.. haha.. Rahsia ah.. tapi korang teka la ye.. Kalau betul, teh tarik akan dibelanjakan..

Sekarang ni aku dalam proses buat lesen kereta. Aduh.. penat gak nak buat lessen kereta ni. Penat menunggu la. Bukan sket orang kat PSM owr… Aku belajar memandu dengan cikgu Syam.. Muda agi, dalam 27 tahun. Aku lemah sikit dalam bab bawak kereta manual ni. Tangan kiri ni nano sikit. Nak pegang gear sokmo. Pahtu bila nak turunkan gear macam gear 4 ke gear 2, aku wak turun terus.. huhu.. Sepatutnya, dari gear 4, ke gear 3, kemudian baru gear 2.. Sebab tu lah aku kena tegur sokmo di cikgu Syam ni.. huhu.. aku rasa la kan, mesti aku failed punya bila test dengan JPJ nanti. Adoy…

Tapi bukan pasal buat lessen ni aku nak cerita. Aku nak cerita pasal motor aku ni. Ada pomen dop kat ni? Macam ni, aku pergi la dekat kedai motor yang aku beli ni.. aku masuk kedai, maka terjadi la dialog antara aku dan dia…

Orang Cina Tua (OCT)

Aku Yang Smart (AYS)

OCT: Apahal?

AYS: Motor tu(sambil tunjuk kat motor aku), bila nak start je, ye mapuh.. bukan mapus gane, macam tekan starter, yer mampus lalu.. lampu kat meter dop nyale………

OCT: Owh, mung kene beki kat chok ye, chok ye, kene gini(sambil wak demo dekat motor LC berdekatan).. pahtu, bla3… bla3..

Ye cakap pasal chok je..

Lantas aku pun ajak ye tengok motor aku.

AYS: Motor ni mana ade chok….

Senyap ye.. pahtu ye suruh aku bawak motor tu masuk dalam kedai.

Aku pun terang la pulak dekat ye..

AYS: Motor ni, masa tengah bawak, ye ada mapus.. Tadi mapus gok.. bateri kowt… Bila buka suis, meter tu pusing lu pahtu…

OCT: Semua motor skuter gini, meter akan pusing dulu..

AYS: aduh.. dengo dulu.. Jangan Pottong!!!(sebab tu tajuk gitu.. huhu..) Aku naik angin dah dengan apek ni..

Lama jugak la aku cakap dengan apek ni. Tapi dia ni, selalu je potong cakap aku.

Bila aku dah tensen, aku abaikan dia dan pergi terang pasal motor aku ni dekat pomen yang ada kat situ. Pomen tu dok tahu lagi rosak menda.. abis dibogelkan motor aku tu..

Lepas tu OCT tu tanya aku yang ada tikus dop kat rumah aku. Aku jawap la takdop. Pahtu ye kate, ‘mung mana tahu.. mung tito malam2 mung mana sedo ade tikus masuk dalam ni gi kerit wayar dia.. ‘

Aii.. Apek ni nak wak klako la pulak. Masa aku tengah berang gini..

Apek tadi tu wak kerja memang kasor… Membara hati aku ni.. Dipendekkan cerita, lepas buka cover set, cek wiring, tak dop rosak gape satu.. Lepas tu, aku tanya la berapa yang kena bayar. Pomen tu kata tak payah la.. TAPI, OCT tu kata pergi kat kaunter.. Aku pergi la dengan OCT tu. Dia bagitau la dekat kerani tu yang nak bayar upah cek wiring. Ayat dia:

OCT: Ni budak ni nak bayar upah cek motor. Seluruh badan cek, buka cover set, cek wiring, bla3.. bla, bla..

Kerani Cina: 20 ringgit..

Adoy.. 20 ringgit sapa?? Dok baiki mende pun.. memang tekan ah.. Tapi terpaksa la bayar jugak.. Adoy.. Cina2.. Patut pun ada orang nak saman kedai tu tadi. Bising bangor kedai tadi dengar perbalahan lidah yang berlaku. Aku curi-curi dengar je la.. hek8..

Kemudian, aku pun balik la dengan hati yang tidak berpuas hati.

Tu je aku nak ceritakan sebenarnya.. Takde yang istimewa pun.

Next, aku nak tanya korang la, korang pernah tak jalankan experiment iklan tv3? Menurut kajian aku, masa iklan adalah antara 4-6 minit dan jumlah iklan dalam 5-9 iklan.. Astro Ria pula masanya adalah antara 3-4 minit dan jumlah iklannya pula adalah antara 5-7 sahaja.. So ada sapa2 tak yang jalankan experiment cam aku ni? Kalau ada, kita sharela rizultnya ya.. haha..

Hmm.. Sempena tahun baru ni, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Happy New Year 2010. Jangan sampai macam yang aku kata tahun lepas terjadi iaitu, jangan sampai ada anak haram lahir bulan 9 ni.. huhu.. Paham2 la ya..

So, dengan merendah diri, aku minta izin untuk out dan akan kembali pada post seterusnya bila ada mood untuk mengepost.. haha..

p/s: Aku memang tak percaya yang sakit mata boleh berjangkit pasal aku tak pernah kena walaupun aku pernah bertentang mata dengan kawan aku dahulu masa dia hidap penyakit ni.. tapi sekarang ni, mak aku sakit mata, so patutkah aku mencubanya sekali lagi? Lepas tu, apa azam tahun baru korang untuk tahun 2010 nanti..?

Maggi Ruski atau Pizza???

Perut anda sedang lapar? Mau nasi? Tak mahu? Takpelah.. adakah pendahuluan ini sesuai dengan tajuk di atas? Tak? Lantaklah! Haha.. aku punya blog, ikut sukkke lah.. huk8..

Hye anda semua yang berada di luar sana.. bertemu kembali kita pada kali ini setelah saya lama menyepi.. saya tahu anda semua rindukan penulisan saya tetapi sebab Sierra Papa Mike (SPM),saya tak update blog sampailah hari ini.. terima kasih kerana sudi menunggu kehadiran saya ini.. hua3..

Saja je nak koya skit.. Jangan marah, jangan tendang kerusi, jangan angkat meja dan jangan apa2 kay.. huhu.. Banyak episode suka dan duka yang saya telah hadapi sepanjang tidak mengupdate blog ini.. tapi taknak ceritalah.. kisah lama.. huhu.. sekarang ni misi saya adalah untuk mendapatkan lessen kereta dan mencari pekerjaan.. baru tengah hari tadi pergi hantar resume dekat kedai tu.. nak tahu kedai mane? Hah, lu pikir la sendiri..! huhu.. bila dah dapat, baru nak tulis.. huhu.. Semalam dekat giant, terserempak ramai la jugak budak ex-lebest, saya ulang ex-lebest… huhu.. ramai jugak la budak ex-lebest kat sana.. yang tak syok nyer, ada jugak la yang nampak saya melantak dekat The Chicken Rice Shop hohop.. Bukan sekadar nasi ayam.. huhu.. memang la bukan sekadar nasi ayam.. sampai aku order Pai Tee tak sampai2.. Sambung balik..

Amboi.. enjoy sakan korang yer kat sane.. Tujuan saya ke giant adalah semata-mata nak cari kerja kosong sebenarnya.. akan tetapi, disebabkan proses pencernaan berlaku terlalu cepat, jadi saya rasa lapar.. sebab tu lah saya per melantak tuh… then, nampak lah satu kedai ni.. kedai yang saya betul2 minat untuk kerja kat situ.. ada kerja kosong!! Apa lagi, terus blah dari situ then pergi kat rumah peko.. ajak dia sekali.. hendak dipendekkan cerita(potong, potong potong potonggggg, pottong lah sajer!!!! Nyanyi ikut nada iklan P1 wimax.. huhu), kami pun pergi lah kat office dia dekat bandar sane.. then dia suruh buat resume.. apa lagi, tercengang lah aku.. dalam hati, ‘natang ape la resume tuh.. ke yang macam kakyong wak assignment dulu?’ Finally, masa pergi hantar tuh, kakak tuh konpemkan yang resume kami buat, betul.. Yippi!!! Huhu.. lega..

Then aku dengan peko pun pergi la dekat PSM nak survey harga lessen kalau nak tambah kelas.. Terkejut buaya aku(kalau buaya terkejut camne eyk??), RM845.. aku survey dekat internet around 600-700 je.. patut ramai orang kata buat lessen dekat Terengganu mahal.. sampai kakyong buat kat KL sane nuh.. Mahal rupenyer.. any explaination? Ada tak sapa2 kerja dengan PSM ke, Bitara ke kat sini?

Abis cerita hari ni.. sekarang ni nak cerita kisah lain pulak.. sekarang ni nak guna aku lak.. huhu.. okay.. aku dengan senag hati mengatakan yang bahawa aku frust dengan LE’BEST!!! Pasal apa? Pasal nye aku dengan Zeni, dan tak lupa John, payah2 plan nak anjur futsal.. semua dah nak okay.. tempat dah tempah, bas dah tempah.. tunggu hari je lagi.. last2 dua hari sebelum main, CANCEL!!! Aku memang frust gila.. Dahla aku dah buat jadual.. Siap binding lagi.. apa la.. bagi la peluang dekat kami untuk main futsal.. lepas ni payah dah.. kami bukan tinggal dekat2.. kami masuk elok2, berjuang SPM bermati-matian untuk naikan nama LE’BEST di mata dunia, tapi kami dihambat keluar macam kambing! Pasalnye dengar cerita ada budak band nak masuk! Adusss sayang..

Ada la cadangan nak jawab kimia tak elok.. tapi kompem la ko sorang je yang akan buat tak elok nanti.. sapa nak ikut ko? Haha.. dialog ini ditujukan kepada orang tersebut yang namanya rahsia.. haha.. then, zeni pulak dah mati akal.. last2 dia bagi cadangan, tidur kat kelas, tidur kat surau.. adoy.. pelik tol cadangan.. last2, terpaksa mengalah.. akhirnya kami terpaksa mengaku kalah.. Kerana, KAMI HORMATI GURU-GURU KAMI!

Tutup cerita futsal.. Then aku nak story lagi nih.. banyak cerita nak kongsi nih.. tapi lain kali lah pulak.. huhu… Berkenaan dengan tajuk di atas?? Haha.. saja je bagi tajuk camtu.. takde kaitan antara yang hidup ataupun yang mati.. huhu..

p/s:doakan supaya aku dengan peko diterima bekerja dekat ‘situ’…