Folow Me?

Baharambang Skallie...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia ditujukan kepada anda semua…

Bertemu kembali kita pada post kali ini yang aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tapi biarlah aku mengarut dahulu sementara menunggu idea penulisan yang akan tiba secara semulajadi nanti.

Baiklah.. Sekarang ni aku sedang pening lalat tapi bukan kerana lalat yang banyak tapi kerana aku tak tahu sama ada nak buka ke tidak, nak buka ke tidak.. haha.. buka apa tu? Okay, sekarang ni aku dan Apiq bercadang nak buka gerai burger.. haha.. Macam lawak je.. Tapi tulah kenyataannya. Aku dan Apiq memang bersemangat gila. Aku pun dah booking satu gerai burger dengan seseorang yang gerai ni aku jumpa dekat mudah.my yang berharga RM500. Tapi aku tak tahu sama ada aku mampu ke tidak nak buka gerai burger kerana salah satu faktornya ialah tempat nak buka gerai tersebut.

Modal? Modal takda masalah punya walaupun aku pernah minta bantuan salah seorang rakan aku ni untuk meminjam wang beliau dan akhirnya hajat aku ni ditertawakan oleh beliau.. Tapi aku tidak akan patah semangat.. haha.. Masalah aku sekarang ni ialah tempat. Aku nak buka dekat mana gerai ni? Dekat Wakaf Tengah belambak gerai burger walaupun yang asal-asal aku tahu satu tu jer tapi bila aku masuk kampong, wah.. banyak betul.. So, any suggestion? Huhu.. Siapa rasa dekat kampong dia takda gerai burger lagi, bagitaula eyk.. Tapi taknak la jauh-jauh pasal… Ha.. ni lagi satu problem.. Masa! Yela.. Sekarang ni Apiq tengah kerja dekat Nankai Worsted Spinning Sdn. Bhd dari 7AM-7PM.. So, kalau buka kedai tu malam-malam, aii.. penat jugak tu.. Takpela.. Biarlah aku dalam dilema sama ada nak buka ke tidak gerai burger ni walaupun pelbagai tips dan tricks aku telah pelajari daripada abang-abang yang jual burger dan yang aku jumpa di internet bagi melakukan gerai tersebut.. Tapi aku harap aku dan Apiq akan menjadi usahawan burger yang Berjaya di Malaysia ni.. Haha.. Angan-angan aku adalah untuk menandingi otai burger, Mohd Suhaimi kowt.. haha.. Besar punya cita-cita aku nih.. Padahal nak buka gerai burger sekejap jer.. Haha..

Kemudian, aku dan Fakrol juga pergi minta kerja dekat Nankai tu. Walaupun Vicky, bos AIDEA yang aku cerita pada post lepas telah panggil untuk ditemuduga, namun aku tak pergi sebab aku nak kerja dekat nankai ni.. haha.. Aku nak kerja ni bagi menutup mulut mak aku yang asyik membebel jer minta aku cari kerja. Yela, tak membebel macam manakan kalau rutin aku seharian duk main computer, jalan-jalan, makan dan etc. Kemudian dia suruh aku kerja sebagai penjual sayur di Pasar Batu 6 menolong ibu saudaraku.. Huh! Sayur pun banyak lagi yang aku tak kenal ni kan pulak nak menjualnya.. Haha.. First aku sampai dekat kilang tu, aku tengok ada ramai jugak la nak mintak kerja dekat situ.

Ada la dalam 6 orang lagi. Aku dating dengan Fakrol dan John. John? Hah, nanti aku cerita pesal pe pulak John boleh ada bersama dengan aku. Okay, sampai dekat situ, aku pergi ke pondok JAGA untuk mengisi borang mintak kerja. Lama jugak aku tunggu lepas isi borang tu. Kemudian hampir sejam, baru la bos nankai ni free dan barulah sesi temuduga dijalankan. Sebenarnya aku langsung tak nervous masa temuduga ni pasal aku dah tau soalan yang bakal ditanya melaui Apiq! Haha.. Untuk pengetahuan korang, kalau tak silap aku, bos kilang ni, adalah abang kepda cikgu Azizah. Okay, semasa bos mintak i/c, aku dengan yoe buat dono ajela pasalnya, yoe tak bawak i/c so dia pun pegang la i/c aku ni supaya kami dapat buat alas an sikit iaitu, ‘hmm, i/c kami ada dekat PSM, masa gi PSM tadi, cikgu pegang i/c..’ Haha.. Sungguh tak jujur aku masa tu.. Tapi, bos dia kata, it’s ok..

Kemudian dia tanya tentang proses ambil lesen macam mana dekat aku dengan yoe.. Aik?? Huhu.. so, aku jawab jugak la dengan lancar pasal kereta kemudian yoe pulak cerita pasal motor. Aku fikir, maybe ni masuk dalam proses temuduga jugak kowt… haha..

Baik bos ni. Macam yang Apiq cakapla.. Sesi temuduga dijalankan. Aku orang first yang dia tanya. Dia tanya soalan senang jer rupanya. Adik beradik berapa orang, anak kebeapa, ayah kerja apa, ibu kerja apa, trial SPM dapat berapa kerja syif malam boleh ke tidak… Tapi masa aku bagitahu ayah aku kerja sebagai guru BI, dia tanya aku, ‘so afif ni boleh speaking la kan??’ Hah?! Aku jawabla bolehla, tapi sedikit malu.. Chewwwah! Haha.. lepas tu, dia pun speaking la dengan aku dan memberi motivasi supaya aku tidak malu lagi untuk speaking.. Haha.. Lepas tu dia soal orang lain pulak.. Aku terkejut jugakla pabila aku tahu yang minta kerja dekat situ, semua datang dari keluarga susah.. 3 orang tak ambil SPM, yang sama umur dengan aku la.. sorang ni umur baru masuk tingkatan 4(lepas PMR), tapi dia dah berhenti sekolah. Argh, lupa.. sebelum temuduga tu, dia hulurkan kertas tentang gaji.. gaji pokok RM400 sebulan tapi setelah campur elaun pengangkutan, overtime, uniform dan pelbagai lagi, maybe boleh dapat dalam RM633. Banyak kemudahan yang disediakan seperti kos rawatan percuma, insurans, uniform diberi percuma, KWSP, SOCSCO, EPF dan etc… huhu.. Aku dah lupa sebenarnya.

Dipendekkan cerita, temuduga tu abisla.. haha.. Sekarang ni tunggu untuk masuk kerja je pasal kilang tu hanya boleh ambil pekerja baru dalam 10 orang seminggu tapi 2 pengambilan iaitu pada hari Isnin dan Rabu kowt pasal disebabkan kemelesetan ekonomi dunia yang melanda Negara-negara pembeli benang ini iaitu Italy, France, USA, Germany, China, Korea dll..

Masa nak balik tu, aku cakap la dengan bos ni pasal i/c tu, tapi dia kata takpela.. i/c ni nak tunjuk dekat Bos Besar je dekat Jepun tu untuk tengok muka pekerja baru ni pasal orang Jepun ni bila tengok muka seseorang dia dapat tahu orang tu macam mana.. So, any explanation? Betul ke orang jepun macam tu?

Okaylah, abis cerita pasal temuduga ni.. Sekarang ni pasal John pulak.. Okay, sebenarnya John ni datang pasal aku dan apiq ajak main futsal dekat sportsplanet dan dia ni pulak tidur dekat rumah yoe.. Uih, letih gila main futsal semalam. Dekpun sebulan dok main, tanpa warm up, terus gi masuk padang tendang bola.. abis krem kaki, lengoh gila agi.. haha.. Antara hok main semalam aku, yoe, apiq, arif(kawan apiq), arif din, ipe, mesol, kimin, rosed, shahil dan john.. Lepas main tu, malam tu aku, yoe, apiq and John gi Mc D pulok semata-mata nak tengok bola.. Haha… Balik dalam kul 2 lebih gitu.. Lengang gila jalan dekat bandar masa ni, plus sejuk lagi.. haha.. akhirnya kami berempat pun tidurla dekat umah yoe…

Haha.. banyak jugak aku bercerita kali ni daripada takda idea tadi.. Okayla, setakat ni dulu la post aku kali ni, jumpa lagi pada hari dan waktu yang berbeza mengikut mood untuk update blog lagi.. haha..

Tata titi tutu…

P/s: Jangan makan banyak-banyak nanti berat naik.. Haha..

Maklumat pasal kilang ni, klik kat SINI

Kalau nak tengok gerai burger yang aku nak beli tu, klik kat SINI

24 comments:

Anonymous said...

semoga berjaya buka gerai burger..
lps tu wak la mcm cg yati owr, jual burger dekat sek skul kiter..
untung r..

Anonymous said...

haha.. koya atut..
bkn sng nk jual burger ni
stahun dua baru untung bro..

Meet The Lynn said...

meh ah jual kat bukit tunggal ni..cn ade se je grai,tu pon aku xpenah pegi..

btw,
keje kat tmpt apiq ow gne?
kne wk pe?

arefief007 said...

Lynn-->
tu kilang wak benang..
haha..
sejak tgk rancangan how it's made, ase cam minat j nk keje kilang ae.. tu pasal la nk cari keje yg berkaitan dgn kilang ni..
hua3
nk blajar something new..

p/s: jauh er bkt tunggal..
cadangan direject.. huhu..

Unknown said...

I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it. I have you bookmarked your site to check out the latest stuff you post.
SEO Services India

Zizi said...

sapa rose tu pih? mok mg ke?

weh, buke r dekat banggol..
xdop pun kdi brgr dkt ni
tp mg nk buka sunggoh ker?

Meet The Lynn said...

oo..
dh mg pintal2 bnang opmo ah..
haha..
molek ah tu,dri xwk pape..
smbil2 2 ley ah kuruh..

btw,
kt ne kilang tu?
mg da stat da k?

arefief007 said...

lynn-->
xstat agi.. tunggu org jepun tu dulu nk time ke x..
arap2 ye nk time r..
p time ekonomi meleset ae, debo gop... huhu

kilang tu kt gong badak je..

redhot said...

dowh apeq skunk duk pintal2 benang r?
mu jual je kat koloh kte mlm2..gerenti laku...mitok r permission dr pengetue..mapuh r kantin ekg..huhufa

arefief007 said...

Redhotspicy-->
bos suh mat apiq selesai lesen dlu..
maybe isnin ni baru dia mule balik..

aku egt nk jual kat koloh gop..
p pyh r..
xau larat ke x nk jual brger ekgi..
haha..
klu aku jadi jual, aku anto okmo kat umah mg mlm2 ekgi..
haha

Meet The Lynn said...

tkut ekg bger tu abih k mg je..hahahahahaha

arefief007 said...

Lynn-->
haha.. aku xmnt ane mkn burger ae.. jujur2.. klu aku mkn pn, aku mkn sute2..
perabih roti lu, pahtu perabih sayur2 las kali baru mkn daging..
haha..

Anonymous said...

dh bkn keje kilang letih ke?
lg sa2, org pndang hina skit keje kilang ni..
huhu..
biasa org indon kan?

arefief007 said...

lol.. klu xmboh letih, duk umah jea..
hina ke keje kilang?
huhu..
xr..
kita tlg majukan kilang r..
huhu

Anonymous said...

dh bile mg stat keje kt kilang tu? Ke org jepun xpilih mg? haha..

nadia naser said...

apish gudlux r tuk ko nye grai n kje pintal2 bnang r..jgn ko tpintl skali bnang 2 cam kcing lam ikln eskrim owr..huhu..

ea td aq napok mg bwk kete ea kat gong bdk owr..mle2 aq x napok pi mse mg lalu owr adk aq kbo "eh,pdat kete ya bwok" pas2 ble aq tgk owr,mg rpenye..huhu..jgn mare..

arefief007 said...

ned-->
haha.. dh ekpun kete kancil.. sblm blajo owr, aku mitok dh ngn cikgu tu nk bawok proton exora.. haha..
xau agi nk buke x gerai tu pahtu xau gok agi nk keje xkilang tu.. ramai lajok org apply.. nk dlm 30 org, org apply 100+

ryin said...

apish,muge2 bejaye r ngn beger n benang2 owr... bez r sek2 mg ley keje,bleh wak pitih... huhu..

arefief007 said...

ryin-->
hak8.. ase xjd dh.. mat apiq keje kat titiwangsa dh ekpun.. yoe jd cg tusyen dh.. aku ase cam nk tlg mak dare aku jual sayur je kt batu 6 owr.. haha

ryin said...

lorh,g2 lop eak..
huhu...
dakpe2,buleh r mg knal2 sayur-mayur.. p2 da knal 2,ltok dlm blog ea..kih3..

Anonymous said...

Generally I do not post on sites, but I would like to say that this article really forced me to do so! Thanks, really nice article.

SEO India

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ashwini said...

thanks for this post. It helped me a lot. Btw How you get ideas for such posts.
Thanks


SEO Services